Saya Bukan Budak Kecil Lagi

Posted by teacher | 8:30 AM | | 0 comments »

Buku tulisan tiga penulis baru iaitu, Razana Zakaria, Rahimah Zakaria dan Zaharuddin Othman ( kesemuanya mempunyai kelulusan perubatan asas ( MBBS dan MD ) dan mempunyai ijazah diperingkat pasca siswazah dalam bidang masing-masing ) ini merupakan antara karya yang mensasarkan bukan sahaja pembaca remaja tetapi juga golongan ibu bapa yang merupakan pendidik awal remaja.

Kebiasaan buku berunsur pendidikan ditulis dalam bentuk bahan bacaan berat yang memerlukan tumpuan lebih untuk difahami. Oleh yang demikian, untuk menarik minat pembaca serta menguatkan teknik penyampaian, penulis menggunakan pendekatan mudah seperti ilustrasi dan senario untuk membantu pembacaan.

Tim penulis menyampaikan pendidikan awal seks yang patut dimiliki oleh kita semua seawal sekolah rendah lagi. Topik yang diutarakan oleh penulis dalam bahagian 1-3 buku ini termasuk tanda-tanda baligh, penjagaan buah dada dan haid. Sama ada pembaca adalah remaja atau ibu bapa kepada anak remaja, buku ini mampu menjawab pelbagai persoalan berkaitan perubahan fizikal / biologikal remaja , penjagaan diri dan masalah berkaitannya. Buku ini dapat membantu sesetengah ibu bapa yang tidak pasti untuk menjawab sesetengah soalan yang berkaitan pendidikan awal seks yang diutarakan oleh anak mereka.



Judul : Saya Bukan Kecil Lagi
Penulis : Razana Zakaria, Rahimah Zakaria, Zaharuddin Othman
Penerbit : Poerhealth Publication
Halaman : 104
Harga : RM 20.00 ( SM ) , RM 23 ( SS )

0 comments