Pendidikan Anak Dalam Islam

Posted by teacher | 3:41 AM | | 0 comments »

Pendidikan Anak Dalam Islam ( Tarbiyatul Aulad fil Islam ) merupakan kajian lengkap tentang langkah-langkah yang patut dijadikan pedoman oleh ibu bapa, penjaga dan para pendidik dalam usaha membentuk generasi Qurani dan masyarakat Rabbani, iaitu generasi masyarakat yang sah dan layak untuk mengharapkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Islam mempunyai kaedah yang cukup sempurna dalam pendidikan anak-anak, iaitu suatu kaedah yang tepat dan pasti dalam mempersiapkan keimanan dan akhlak anak-anak, pembentukan mental dan spiritualnya. Kaedah yang dibentangkan dalam buku ini merupakan kaedah yang sudah disesuaikan dengan suasana semasa, terutama tentang pengaruh luaran yang mendominasikan masyarakat hari ini terutama media massa, serta keburukan-keburukan yang menular seperti masalah rokok, dadah, wanita , pergaulan bebas dan seumpamanya.

Buku ini boleh dianggap sebagai 'buku teks' bagi ibu bapa yang benar-benar mahu mendidik anak-anak dengan akidah Rabbaniah, ajaran-ajaran Islam, petunjuk al-Quran , penjelasan as-Sunnah dengan mengikuti petunjuk jejak para salaf dan metodologi syariat Islam.

Judul : Pendidikan Anak Dalam Islam Jilid 1 & 2
Pengarang : Dr. Abdullah Nashih Ulwan
Penerbit : Pustaka Amani - Jakarta
Jumlah Halaman : 640 ( Jilid 1 ) , 719 ( Jilid 2 )
Harga : RM85


Baca Lagi

The Shadow Money Lenders

Posted by teacher | 5:32 AM | | 0 comments »

The Shadow Money Lenders - and the Global Financial Tsunami

Matthias Chang dikenali menerusi dua buah tangan beliau yang pernah mengejutkan dunia perbukuan tanh air menerusi Future Fast-Forward dan Brainwashed for War, Programmed to Kill. The Shadow Money Lenders yang disifatkan sebagai karya yang mampu menggugah, bukanlah suatu dakwaan yang sekadar dibuat-buat.

Chang mengupas berkenaan sistem kewangan global yang mengandungi banyak maklumat tersembunyi selama 30 tahun. Buat pertama kalinya beliau mendedahkan kepada umum kemuncak rahsia yang membolehkan Shadow Money Lenders ( SML ) mengumpulkan sebuah empayar kewangan bersaiz lebih besar daripada ekonomi Amerika Syarikat ( AS ) sendiri. Perbandingan keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) di antara kedua-duanya, AS adalah kira-kira USD 13 trilian pada tahun 2007. Dibandingkan dengan KDNK SML berjumlah USD500 trilion ! Chang harus dipuji atas hasil usaha beliau yang berani mendedahkan perkara sebenar yang selama ini diselindungkan.

Judul : The Shadow Money Lenders - and the Global Financial Tsunami
Penulis : Matthias Chang
Penerbit : 21st Century Strategies Studies
Halaman : 322
Harga : RM 45.00


Baca Lagi

The Web Of Debt

Posted by teacher | 5:25 AM | | 0 comments »

Jika anda mementingkan keselamatan kewangan, milik anda atau negara, buku ini harus dibaca. Ellen Brown cuba merungkai metos yang melingkari seputar soal wang. Menurut beliau yang bertugas sebagai peguam dan juga pengarang kepada 11 buah buku, Web Of Debt mendedahkan penipuan dan wajah sebenar sistem wang yang mengheret masyarakat ke dalam jurang kewangan.

Penciptaan wang sebenarnya telah diswastakan atau dalam kata lain diambil-alih oleh sebuah kartel wang swasta. Tidak termasuk wang syiling, semua wang kita dicipta sebagai pinjaman pendahuluan oleh institusi perbankkan persendirian. Di penghujungnya, sistem kewangan ini sedikit demi sedikit sedang merompak para pengguna dari segi nilai wang tanpa disedari.

Judul : The Web Of Debt
Penulis : Ellen Hodgson Brown J.D
Penerbit : Third Millennium Press
Halaman : 530 m.s
Harga : RM59.90


Baca Lagi

Ebook Petua Pengiklana Berkesan adalah tulisan Team ShaifulSham.com . Ebook Petua Pengiklanan Berkesan adalah ebook pertama mengenai pengiklanan Online yang dihasilkan di dalam Bahasa Malaysia. Mengandungi tips-tips dan panduan untuk menghasilkan iklan yang mampu menarik pelanggan!

Akhirnya, segala rahsia untuk mengembangkan perniagaan anda di Internet telah TERDEDAH! Rebut peluang ini untuk mengetahui bagaimana menulis iklan yang berkesan dan menarik pembeli!

Anda akan belajar bagaimana menyiarkan iklan tanpa mengeluarkan belanja besar!

Anda boleh mulakan Perniagaan Internet Anda Sendiri.

Dapatkan Secara Percuma Di SINI


Baca Lagi

Panduan Cinta Untuk Wanita

Posted by teacher | 8:17 AM | | 0 comments »

Sebuah buku dalam format ebook yang membicarakan tentang panduan untuk wanita mencari cinta sejati, stategi mencari cinta dan mengenali cinta sebenar. Ia ditulis oleh Dr Cinta.


Ebook ini ditulis dan dicipta khas bagi wanita yang mahu mencari cinta, atau mahu mengenali cinta yang sebenarnya. Panduan Cinta ini penuh dengan strategi cinta yang terbukti berkesan, semata-mata untuk membantu wanita melihat dan mencari sama ada seseorang lelaki itu sesuai menjadi pasangannya.

Di dalam e-book ini, penulis iaitu Dr. Cinta akan menjelaskan :

* Apakah sebenarnya cinta sehingga ramai manusia dahagakannya dan hebatkah cinta sehingga ramai orang rebah tanpannya?
* Mendedahkan 4 rahsia besar yang jarang pasangan bahagia dedahkan untuk mencari cinta sejati sehingga ke akhir hayat!
* Cara wanita menyelami dan memahami lelaki yang bakal menjadi teman hidup awak dari segi naluri, kehendak, emosi dan perwatakkan!
* Apakah pakaian dan penampilan yang sangat sangat disukai oleh lelaki yang sebelum ini wanita langsung tidak mengetahuinya! Supaya anda tidak kelihatan seperti Ugly Betty!
* ebook ini juga mendedahkan beberapa tempat yang sangat mudah untuk menemui bakal teman lelaki! dan banyak lagi!
>


Panduan Cinta sesuai untuk sesiapa yang serius dalam mencari pasangan supaya bahagia bersama. Tersenyum, bergurau- senda, gelak bersama dan tenungan yang membuatkan hati awak membara dengan kehangatan cinta. Bukankah itu adalah idaman setiap insan bergelar wanita?

Dapatkan ia di sini Panduan Cinta


Baca Lagi

Dari Sekolah Hingga Ke Universiti

Posted by teacher | 7:49 PM | | 0 comments »

Buku ini ditulis untuk kegunaan semua pelajar dari sekolah menengah hingga ke peringkat universiti tanpa mengira kebolehan dan juga kepada ibu bapa yang memerlukan panduan untuk membimbing anak-anak mereka.

Prof. Khaled mengupas secara mendalam satu-persatu kenapa dan bagaimana; mengurus masa ; membaca dengan cekap, membina tabiat belajar , menguatkan dorongan belajar , menangani daya pelemah dorongan belajar , meningkatkan daya ingatan , mengurangkan kealpaan , menyelesaikan masalah , menajamkan pemikiran , mengulang kaji dan menyiapkan diri untuk peperiksaan. Edisi ini mengandungi 42 gambar rajah, carta dan ganbar serta 10 jadual untuk meningkatkan mutu penjelasan.


Baca Lagi


Buku ini membawa pembacanya kembali kepada kemanisan tahun-tahun awal perkahwinan agar setiap saat perhubungan sentiasa mekar bagaikan pengantin yang baru sahaja diijabkabulkan.

Antara doa-doa yang dipaparkan dalam naskah comel ini ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan , dilindungi tempat kediaman, mengelak dari jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan , berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri , mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. Bagi setiap doa turut diterangkan kaifiat , rahsia , cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.




Judul : Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari
Penulis :Zahazan Mohamed dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga : RM12 ( SM ) , RM14 ( SS )



Baca Lagi

Saya Bukan Budak Kecil Lagi

Posted by teacher | 8:30 AM | | 0 comments »

Buku tulisan tiga penulis baru iaitu, Razana Zakaria, Rahimah Zakaria dan Zaharuddin Othman ( kesemuanya mempunyai kelulusan perubatan asas ( MBBS dan MD ) dan mempunyai ijazah diperingkat pasca siswazah dalam bidang masing-masing ) ini merupakan antara karya yang mensasarkan bukan sahaja pembaca remaja tetapi juga golongan ibu bapa yang merupakan pendidik awal remaja.

Kebiasaan buku berunsur pendidikan ditulis dalam bentuk bahan bacaan berat yang memerlukan tumpuan lebih untuk difahami. Oleh yang demikian, untuk menarik minat pembaca serta menguatkan teknik penyampaian, penulis menggunakan pendekatan mudah seperti ilustrasi dan senario untuk membantu pembacaan.

Tim penulis menyampaikan pendidikan awal seks yang patut dimiliki oleh kita semua seawal sekolah rendah lagi. Topik yang diutarakan oleh penulis dalam bahagian 1-3 buku ini termasuk tanda-tanda baligh, penjagaan buah dada dan haid. Sama ada pembaca adalah remaja atau ibu bapa kepada anak remaja, buku ini mampu menjawab pelbagai persoalan berkaitan perubahan fizikal / biologikal remaja , penjagaan diri dan masalah berkaitannya. Buku ini dapat membantu sesetengah ibu bapa yang tidak pasti untuk menjawab sesetengah soalan yang berkaitan pendidikan awal seks yang diutarakan oleh anak mereka.



Judul : Saya Bukan Kecil Lagi
Penulis : Razana Zakaria, Rahimah Zakaria, Zaharuddin Othman
Penerbit : Poerhealth Publication
Halaman : 104
Harga : RM 20.00 ( SM ) , RM 23 ( SS )


Baca Lagi

Petua Rasa

Posted by teacher | 8:10 AM | | 0 comments »

Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai petua sama ada petua untuk kecantikan , kesihatan mahupun petua-petua di dapur.

Sememangnya petua-petua yang diperturunkan secara lisan ini diakui sangat membantu sekiranya diamalkan dengan cara yang betul. Bahan-bahan yang digunakan juga praktikal, mudah didapati tapa perlu mengeluarkan kos yang banyak. Sebut sahaja apa masalahnya, pasti ada petua yang boleh diguna pakai untuk dijadikan panduan. Seharusnya kita mengekalkan warisan ini agar tidak ditelan zaman, bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Judul : Petua Rasa - Kompilasi Majalah Rasa
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
Halaman : 95
Harga : RM9.90 ( SM ) , RM 12.90 ( SS )


Baca Lagi

Hafiz Firdaus Abdullah selama ini dikenali sebagai seorang penulis buku-buku agama yang prolifik. Kali ini karya beliau menyentuh subjek yang agak berbeza iaitu mengajar cara-cara menulis.

Di kalanngan pembaca sudah tentu ada yang ingin menulis tetapi kurang pasti cara-caranya atau sudah menulis tetapi tidak jelas tentang cara menerbitkannya. Kelahiran buku kecil ini mungkin boleh memberi panduan kepada bakal-bakal penulis tentang cara-cara menulis dari langkah awal hingga ke langkah akhir yang membolehkan hasil tangan anda diterbitkan.


Baca Lagi

Solat Jamak Dan Qasar

Posted by teacher | 9:23 PM | | 0 comments »

eBook Solat Jamak Dan Qasar adalah ebook percuma yang boleh didapati di internet. eBook ini membincangkan soal-soal yang berkaitan dengan Solat Jamak dan Qasar.

Perbincangan yang di tulis boleh dijadikan rujukan anda yang ingin mengetahui tentang solat Jamak dan Qasar.

Anda boleh download di sini


Baca Lagi

Tau Tak Apa

Posted by teacher | 7:05 PM | | 0 comments »

Motivasi Berharga

Penyampaian dan penerimaan ilmu patut dibuat dalam suasana menghiburkan bukan tekanan. Sekali lagi , Dr. H.M Tuah Iskandar al-Haj nebggunakan pendekatan santai dalam buku Tau Tak Apa ini. Jelas, kaedah motivasi begini lebih mudah diterima oleh pembaca.

Semoga Tau Tak Apa menjadi bingkisan motivasi buat semua lapisan masyarakat dalam usaha memantapkan jati diri dan menempa kejayaan.



Judul : Tau Tak Apa
Penulis : Dr. H.M Tuah Iskandar al-Haj
Penerbit : Karya Bestari Sdn Bhd
Halaman : 314
Harga RM10 ( SM ) , RM 13 ( SS )


Baca Lagi

Test

Posted by teacher | 11:34 PM | 0 comments »

Test


Baca Lagi