Pendidikan Anak Dalam Islam

Posted by teacher | 3:41 AM | | 0 comments »

Pendidikan Anak Dalam Islam ( Tarbiyatul Aulad fil Islam ) merupakan kajian lengkap tentang langkah-langkah yang patut dijadikan pedoman oleh ibu bapa, penjaga dan para pendidik dalam usaha membentuk generasi Qurani dan masyarakat Rabbani, iaitu generasi masyarakat yang sah dan layak untuk mengharapkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Islam mempunyai kaedah yang cukup sempurna dalam pendidikan anak-anak, iaitu suatu kaedah yang tepat dan pasti dalam mempersiapkan keimanan dan akhlak anak-anak, pembentukan mental dan spiritualnya. Kaedah yang dibentangkan dalam buku ini merupakan kaedah yang sudah disesuaikan dengan suasana semasa, terutama tentang pengaruh luaran yang mendominasikan masyarakat hari ini terutama media massa, serta keburukan-keburukan yang menular seperti masalah rokok, dadah, wanita , pergaulan bebas dan seumpamanya.

Buku ini boleh dianggap sebagai 'buku teks' bagi ibu bapa yang benar-benar mahu mendidik anak-anak dengan akidah Rabbaniah, ajaran-ajaran Islam, petunjuk al-Quran , penjelasan as-Sunnah dengan mengikuti petunjuk jejak para salaf dan metodologi syariat Islam.

Judul : Pendidikan Anak Dalam Islam Jilid 1 & 2
Pengarang : Dr. Abdullah Nashih Ulwan
Penerbit : Pustaka Amani - Jakarta
Jumlah Halaman : 640 ( Jilid 1 ) , 719 ( Jilid 2 )
Harga : RM85

0 comments