The Shadow Money Lenders

Posted by teacher | 5:32 AM | | 0 comments »

The Shadow Money Lenders - and the Global Financial Tsunami

Matthias Chang dikenali menerusi dua buah tangan beliau yang pernah mengejutkan dunia perbukuan tanh air menerusi Future Fast-Forward dan Brainwashed for War, Programmed to Kill. The Shadow Money Lenders yang disifatkan sebagai karya yang mampu menggugah, bukanlah suatu dakwaan yang sekadar dibuat-buat.

Chang mengupas berkenaan sistem kewangan global yang mengandungi banyak maklumat tersembunyi selama 30 tahun. Buat pertama kalinya beliau mendedahkan kepada umum kemuncak rahsia yang membolehkan Shadow Money Lenders ( SML ) mengumpulkan sebuah empayar kewangan bersaiz lebih besar daripada ekonomi Amerika Syarikat ( AS ) sendiri. Perbandingan keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) di antara kedua-duanya, AS adalah kira-kira USD 13 trilian pada tahun 2007. Dibandingkan dengan KDNK SML berjumlah USD500 trilion ! Chang harus dipuji atas hasil usaha beliau yang berani mendedahkan perkara sebenar yang selama ini diselindungkan.

Judul : The Shadow Money Lenders - and the Global Financial Tsunami
Penulis : Matthias Chang
Penerbit : 21st Century Strategies Studies
Halaman : 322
Harga : RM 45.00

0 comments