Buku ini membawa pembacanya kembali kepada kemanisan tahun-tahun awal perkahwinan agar setiap saat perhubungan sentiasa mekar bagaikan pengantin yang baru sahaja diijabkabulkan.

Antara doa-doa yang dipaparkan dalam naskah comel ini ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan , dilindungi tempat kediaman, mengelak dari jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan , berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri , mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. Bagi setiap doa turut diterangkan kaifiat , rahsia , cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.




Judul : Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari
Penulis :Zahazan Mohamed dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga : RM12 ( SM ) , RM14 ( SS )


0 comments